about 1 month ago - Nadhirah Afiqah

TAKLIMAT KERJAYA PERSEDIAAN KE ARENA KERJA OLEH MANPOWER STAFFING SERVICES (M) SDN. BHD. DI IKBN KUALA LANGAT

Whats App Image 2024 03 27 At 15

​TAKLIMAT KERJAYA PERSEDIAAN KE ARENA KERJA OLEH MANPOWER STAFFING SERVICES (M) SDN. BHD. DI IKBN KUALA LANGAT

BANTING, 27 MAC 2024 - Cawangan Hubungan Industri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kuala Langat menjemput ManpowerGroup Malaysia untuk memberi taklimat kerjaya dan temuduga pekerjaan kepada pelajar tahun akhir. Wakil ManpowerGroup Malaysia, Anita, Aziwati, Asraf dan Nurrain diberi peluang untuk memberikan taklimat persediaan ke dunia kerjaya di mana kandungan taklimat tersebut adalah seperti;

1) Cara cara memohon pekerjaan

2) Persediaan sebelum menghadiri temuduga

3) Persediaan untuk menghadapi temuduga

4) Peluang mendapatkan pekerjaan dengan lebih cerah

Pihak ManpowerGroup Malaysia juga mengadakan sesi temuduga kepada 12 orang pelajar Diploma Hiasan Dalaman semester akhir untuk disarankan kepada syarikat yg sedang mencari pekerja. 1 orang pelajar semester akhir Multimedia Interaktif juga dapat mengikut taklimat kerjaya tersebut.

Kami sangat berterima kasih atas jemputan IKBN Kuala Langat atas jemputan untuk memberikan taklimat ini.

#ilkbsprofessionalterunggul #manpowergroupmalaysia

TVET Pilihan Utama Kerjaya.

ILKBS Professional Terunggul.