Outlet Supervisor

Location Malaysia
Discipline Hospitality
Job reference 159859
Salary 1900.0
Consultant name Selva Manogary Arikrishnan
Contact email [email protected]
Contact no. +60320870000

Retail Supervisor Kedai Dobi


1. Butiran Skop Kerja
(a) Perkhidmatan Pelanggan - Menjawab pertanyaan, wajib memberi layanan dan juga bantuan kepada pelanggan walaupun DobiQueen ialah Dobi layan diri.
- Drop Off Pick Up (DOPU) service: Membantu pelanggan mencuci dan mengeringkan pakaian.
- Free Transfer service: Memindahkan pakaian pelanggan dari washer ke dryer.
- Easy Folding service: Melipat pakaian pelanggan dengan teknik yang mudah untuk mengelakkan kedutan bagi Free Transfer & Drop Off Pick Up (DOPU) service (tanpa caj).
- Folding Service: Melipat pakaian pelanggan mengikut SOP syarikat (caj dikenakan dan pekerja akan mendapat komisyen).
(b) Menjaga kebersihan - Opening, Closing & juga sepanjang waktu bekerja.
- Sapu lantai, mop lantai, vacuum filter dryer, lap mesin (washer & dryer), lap folding table, lap kerusi dan sebagainya termasuklah menyahkuman (sanitizing) dari semasa ke semasa.
(c) Menyediakan laporan harian - Opening, Closing dan Jualan Produk DobiQueen.
(d) Menguruskan kiosk  (Passport & 4R printing & Photostate).
(e) Menguruskan sebarang alat-alatan ie. Gas, pump, dan sebagainya di dalam cawangan untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar.
(f) Patuh dan sedia untuk bekerjasama dengan Outlet Manager dalam menguruskan cawangan.
(g) Melaksanakan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

2. Cuti Awam (Public Holiday)
Setiap pekerja wajib untuk bekerja pada hari Cuti Awam (Public Holiday). Syarikat akan membayar pekerja mengikut Akta Pekerja. Pada Hari Raya Aidilfitri, pihak syarikat akan membuat penjadualan semula sekiranya majoriti pekerja perlu untuk mengambil Cuti Awam dengan merangka pakej bekerja yang memberikan faedah kepada pekerja dan pihak syarikat.

3. Kemudahan/ kelebihan
- Cuti Tahunan (8 hari)
- Pihak syarikat akan menyediakan pakaian seragam (Uniform) kepada pekerja sebanyak 3 helai.
- Potongan KWSP & SOCSO
- Tuntutan perubatan (dari institusi kerajaan sahaja)
- Komisyen untuk setiap barang yang berjaya dijual seperti Dr Clo, laundry bag, mesh bag, coin purse dan sebagainya

4. Waktu Bekerja
(a) Waktu bekerja: 11:00 pagi – 08:00 malam
(b) Bekerja 6 hari seminggu & cuti pada hari biasa
(c) Rehat 1:30 petang - 2:30 petang (tepat).
(d) Sebarang pertukaran waktu bekerja adalah atas budi bicara Pihak Syarikat.
(e) Kerja lebih masa (OT) hanya perlu sekiranya diberitahu oleh pihak atasan.

5. Mesti mempunyai lesen kenderaan yang sah dan kenderaan sendiri untuk bergerak ke cawangan.

6. Pakej Gaji
(a) Gaji Pokok: RM1300
(b) Insentif/Elaun:
- Elaun Kedatangan: RM200
-Insentif Ujian Bulanan: RM50
-Insentif “Quality Customer Service & Cleanliness” (QSC): RM150 (tempoh percubaan) RM200 (selepas disahkan jawatan)
-Insentif “Customer Service”: RM100 (tempoh percubaan) RM150 (selepas disahkan jawatan)
Jumlah: RM1,800 (tempoh percubaan) RM1,900 (selepas disahkan jawatan)

7. Pakaian

Pekerja Wanita
(a) Baju t-shirt berkolar (inner warna kulit) [baju seragam akan disediakan sekiranya diterima bekerja]
(b) Mengenakan solekan asas seperti foundation, lipstick, eye shadow atau eyeliner atau mascara, atau kesemua sekali.
(c) Tudung bawal hitam / Rambut diikat dengan kemas & berwarna hitam sahaja
(d) Seluar warna gelap / Jean
(e) Kasut bertutup penuh

Pekerja Lelaki
(a) Baju t-shirt berkolar [baju seragam akan disediakan sekiranya diterima bekerja]
(b) Rambut pendek, kemas & berwarna hitam
(c) Misai/Janggut dipotong rapi
(d) Seluar warna gelap / Jean
(e) Kasut bertutup penuh
** Semua calon wajib untuk menghadiri 3 hari Outlet Experience (OE) sebagai sebahagian daripada proses pengambilan kerja. Calon belum terikat dengan pihak syarikat selama OE berjalan. Namun begitu, jika calon berjaya melepasi latihan OE dan juga sesi temuduga terakhir, calon akan layak untuk memperolehi Outlet Experience Allowance berjumlah RM150 (yang mana akan dikreditkan setelah disahkan jawatan sebagai pekerja tetap)

Tekan 'Apply now' untuk memohon atau send resume to [email protected]